Ahli Biasa

Warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan beragama islam. Pemohon adalah ibubapa atau penjaga kepada individu autisme, atau adalah seorang individu autisme.

 

Ahli Bersekutu

Selain daripada yang di atas.

 

 

Proses Pendaftaran  

1. Muat turun softcopy borang dan isi maklumat berkaitan


2. Hantarkan borang yang telah diisi penuh ke:


Persatuan Autisme Muslim Malaysia,

No. 2F-1, Jalan Raya 2,

Kawasan Perusahaan Seri Kembangan,

43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. 


Boleh juga scan dan email borang ke [email protected]


4. Sila lampirkan dokumen pengesahan autisme (Salinan kad OKU atau Salinan Surat Pengesahan daripada doktor/pihak Hospital)


5. Sekiranya membuat bayaran terus ke akaun persatuan (contohnya bank-in atau fund transfer) sila pastikan resit atau bukti pembayaran disimpan dan satu salinan diserahkan bersama borang dan dokumen berkaitan. Boleh juga scan dan email bukti pembayaran ke [email protected]


6. Setiausaha akan memaklumkan kelulusan permohonan melalui emel.

 

NOTA: Segala pemohonan adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Jawatankuasa.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Sheila di talian 019 3811907.

 

Muat turun Borang Keahlian (Format: DOCX / PDF)