Autisme Malaysia amat mementingkan nilai persaudaraan, kekeluargaan dan hubungan ukhuwah dikalangan ahli. Sikap prihatin dikalangan ahli menjadi ramuan penting dalam usaha dan kerjasama untuk membela golongan Autisme, atau terma yang lazim digunakan iaitu ‘Anak Syurga’. Hubungan kekeluargaan terbukti berkesan dalam memberikan sokongan moral kepada ibubapa bagi menghadapi cabaran mendidik dan membesarkan anak autisme.
 
Bagi memastikan nilai ini sentiasa subur dan berkembang, pelbagai aktiviti diadakan secara tidak rasmi sama ada berjadual atau tidak berjadual. Antara aktiviti yang diadakan:
 
1. Kelas ibubapa
Menghadiri kelas ibubapa anjuran Makmal Pembelajaran Autisme UKM, Bangi. Aktiviti bulanan ini selain dapat menimba ilmu, dapat mengenali sesama ahli dengan lebih rapat.


2. Ziarah dan perjumpaan
Merupakan lawatan ke rumah ahli keluarga Autisme Malaysia sebagai salah satu cara memberi sokongan moral terutamanya ketika ahli menghadapi musibah atau masalah.  
 
3. Usrah
Merupakan pertemuan antara beberapa keluarga di isi dengan perkongsian ilmu di mana ianya diaturkan di salah sebuah rumah keluarga yang terlibat. Ahli dapat berkongsi ilmu yang tidak terhad kepada tentang autisme sahaja. 

 

4. Riadah
Agak sedikit peluang untuk golongan atau anak-anak autisme mengikuti program riadah bersama masyarakat. Ini kerana tingkah-laku mereka yang agak sukar difahami oleh masyarakat umum. Oleh itu Autisme Malaysia menyedia program sebergini bagi memberi peluang kepada mereka beriadah.

Perjumpaan di kalangan ibubapa dan keluarga

Kelas Ibubapa di UKM